Selamat membaca..

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terimakasih kerana melawat blog saya. Saya harap apa yang saya tulis di sini boleh menjadi rujukan teman-teman. Komen dari teman-teman sangat-sangat dialu-alukan. Semuga tulisan ini akan menjadi sedekah yang berpanjangan untuk saya. Jika ada persoalan sila hubungi saya. InshaAllah saya akan bantu mana yang termampu.

Pages

Thursday, August 13, 2015

Bilakah masa sesuai untuk memberus gigi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
agak lama juga saya tidak menulis di blog ini. Pejam celik dah lebih setengah tahun. Masa begitu pantas.

Persoalan yang biasa ditanya oleh bakal ibu adalah bila masa mereka perlu memberus gigi anak mereka?

Ada banyak juga pendapat yang berlainan tentang soalan ini.

Ini pendapat peribadi saya sebagai doktor gigi , sebagai ibu dan apa yang saya selalu beritahu bakal ibu atau ibu yang mempunyai bayi.

Sebenarnya, sebaik sahaja anak kita lahir,di dalam rahangnya sudah ada benih gigi yang dalam pembentukan. Yang uniknya pembentukkan gigi kita, samada gigi susu atau gigi kekal adalah tidak sama. Sebab itu setiap jenis gigi tumbuh pada umur yang berlainan. Lain kali saya akan cerita tentang perkara ini.

Berbalik pada bila masa yang sesuai untuk memberus gigi anak-anak kita

Jawapan dan pandangan peribadi saya begini :

1.Sebaik bayi lahir, tisu mulut, lidah dan gusi haruslah dibersihkan. Pembersihan terebut hanya mengguna kain lembut yang dilembabkan dan disapu dengan perlahan pada lidah terutamanya dan tisu mulut yang lain.

Pembersihan mulut boleh dibuat semasa memandikan bayi atau sebelum memandikan bayi. Kita tetapkan masa begini bertujuan untuk menanamkan tabiat penjagaan gigi yang baik di kalangan ibu bapa.

Untuk mempastikan mulut bayi sentiasa bersih, jadikan amalan memberi bayi anda minum air kosong setiap kali selepas menyusu atau makan.

2. Gigi mula tumbuh apabila bayi berumur 6 bulan. Gigi yang mulat tumbuh adalah 2 batang gigi bawah dan diikuti 2 batang gigi atas. Jika hanya 4 batang gigi yang tumbuh, membersih gigi mengguna kain yang lembab adalah memadai.

3. Jika lebih dari 4 batang gigi yang tumbuh, Boleh memperkenal berus gigi kepada anak anda. Walau bagaimanapun, boleh juga memperkenalkan berus gigi bila dah ada gigi tumbuh. Biar anak kita berkenalan dan bermain dengan berus gigi. Aktiviti ini boleh dibuat semasa memandikan bayi. Pada peringkat ini, tidak perlu mengguna ubat gigi.

ubat gigi hanya diperkenalkan kepada anak anda apabila mereka sudah pandai meludah. Ubat gigi itu berfungsi supaya proses menggosok gigi akan jadi pengalaman yang menyenangkan dengan buih dan berbagai perisa yang ada dijual sekarang.

Kuanti ubat gigi yang digunakan tak perlu banyak seperti dalam iklan, guna sebsar saiz kacang ghijau sahaja.

Friday, January 16, 2015

Gigi Seumur Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera, mungkin anda dah biasa mendengar " Gigi Seumur Hidup". Ini adalah antara kata keramat kami. Beberapa tahun lepas,  masyarakat beranggapan, bila dah tua gigi memang akan habis dicabut. Kemudian menggantikan gigi tersebut dengan gigi palsu. Memang gig palsu nampak cantik. Tapi kalau cantik tapi tak boleh berfungsi seperti gigi asli, apalah guna.

Memang, semua yang palsu memang tak setanding dengan yang asli.Ini adalah kerana semua tisu lembut telah ditutup dengan plat gigi palsu. Sebenarnya, tisu-tisu lembut dalam mulut membantu memberi kenikmatan semasa kita makan.

"Gigi seumur hidup" bukan sesuatu yang mustahil jika penjagaan gigi dipupuk dari kecil.

Tuesday, September 2, 2014

Pembuka bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum ini, semua perkara yang saya tulis, saya post di blog sharing is caring. Bila banyak sangat perkara nak share, blog tu dah macam rojak pula. Oleh kerana profession saya adalah doktor gigi , saya mengambil keputusan untuk mewujudkan blog yang hanya khas untu perkara berkaitan kerjaya saya sebagai doktor gigi. Apa-apa tentang kesihatan pergigian saya akan share di sini. Diharap tulisan saya ini nanti dapat membantu sedikit-sebanyak. tambah generasi muda lebih mudah melayari internet untuk mengetahui sesuatu perkara. Mungkin ada yang nak pendapat professional tentang masalah pergigian khasnya, saya harap tulisan saya dapat membantu. Ini sebagai amal jariah saya. Memang sebelum ini ada juga pembaca yang menhubungi saya berkenaan dengan masalah pergigian , saya gembira kalau dapat membantu.

Sebagai tulisan pertama dalam blog ini, eloklah saya cerita sedikit tentang kerjaya saya sebagai doktor gigi.  Saya mula berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1990 sehinggalah kini. Suasana bekerja ditahun 90 an dan awal tahun 2000 sangatlah berbeza.Pada masa, bilangan doktor gigi adalah sangat berkurangan, Kebayakkan klinik hanya mempunyai seorang doktor gigi. Pada masa tersebut,tugas amatlah mencabar dimana semasa sesi pesakit luar, ramai pesakit yang ada ingin mencabut gigi. bayang hanya seorang doktor gig yang bertuagas. ada masanya nak pergi ke toilet pun terpaksa ditangguh.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pegawai pergigian telah meningkat secara mendadak. Sekarang ini, bukan doktor gigi yang kurang tapi kerusi pergigian yang tidak mencukupi. Kadang-kadang rasa sangat kecewa bila peralatan pula yang rosak. Walaupun bilangan doktor telah bertambah secara mendadak, tetapi temujanji masih lama kerana tidak cukup peralatan, Doktor-doktor terpaksa menunggu giliran masing-masing.

Untuk anak-anak yang ingin belajar dalam  bidang perubatan iaitu pergigian, perubatan dan farmasi, kena tunjukkan kebolehan bukan saja dalam bidang akedmik malah yang lebih penting sekarang ini adalah EQ. Kemahiran berinteraksi dan menangani masalah. Saya perhati ramai doktor-doktor yang muda, sangat cemerlang dalam bidang akedemik tapi gagal menyesuaikan diri dengan staff dan pesakit di sekitar. Membuat keputusan hanya berdasar kepada teori tanpa mengambil kira keadaan orang lain. Walaupun kita kena ikut teori, kadang-kadang kita perlu menyesuaikan diri dengan orang di sekitar kita. Ini tidak boleh dipelajari melalui buku atau membaca. kemahiran ini diperolehi jika kita rajin melibatkan diri dalam ko kurikulum.

Kadang-kadang rasa sangat kecewa bila mendengar keluhan dari rakan sejawat, masalah anak-anak sekarang yang tidak pandai membawa diri bila dah bekerja. Dan yang lebih teruk lagi taidak komited dan jujur dalam pekerjaan masing-masing.

Pekerjaan kita ini akan menjadi ibadat jika kita pasang niat yang betul. Di akhir bulan , selain dari dapat gaji yang halal dan lebih untung kita dapat pahala dari apa yang kita lakukan.

Semuga kita sama memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan masing-masing. Tiada istilah terlewat untuk berubah ke arah kebaikan.

Selamat menunaikan tugas masing-masing